8.27.2010

Langkah Memartabatkan Perkhidmatan Penguruan

        Dalam arus mencapai era globalisasi, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk menyelaraskan sistem pendidikan luar bandar. Sebagai langkah, perkidmatan perguruan dibuat pantauan dan seterusnya dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti. Langkah yang diambil ini diharap dapat menjadi pencetus kepada peningkatan prestasi pelajar sekolah luar bandar. Maka dengan itu, pencapaian dan prestasi pendidikan luar bandar dapat diselaraskan dengan sistem pendidikan negara.


  • Memperkenalkan Pemberian Elaun atau Bonus

Institusi pendidikan telah memperkenalkan pemberian elaun atau bonus kepada golongan guru yang mengajar di sekolah luar bandar dalam usaha untuk memartabatkan perkhidmatan perguruan di kawasan tersebut. Pemberian elaun diharap dapat menggalakkan para guru berkhidmat di kawasan pedalaman. Sejajar dengan itu, para guru perlu mengambil tindak balas positif dan tidak sekadar berkhidmat untuk memenuhi tuntutan kerja tetapi untuk memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara dalam mendidik anak bangsa. 


  • Membina Infrastruktur Baru

Jabatan Pendidikan turut mengambil langkah iaitu dengan membina infrastruktur baru yang lebih selesa untuk kemudahan para guru yang mengajar di kawasan luar bandar. Kemudahan seperti rumah penginapan, jalan perhubungan yang baik serta pelbagai kemudahan lain adalah perlu demi membantu proses perkhidmatan para guru agar lebih efisien dan sistematik. Infrastruktur yang lengkap dapat membaiki sistem pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dapat membaiki sistem pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan dalam memberi ilmu kepada pelajar. Kemudahan seperti makmal komputer juga dapat memberi peluang yang lebih kepada para guru untuk mengajar dengan berkesan kerana adanya alat bantu mengajar yang lebih baik. Jadi pencapaian akademik pelajar dapat diperbaiki demi melahirkan pelajar yang cemerlang serta berkaliber.


  • Anugerah Guru Cemerlang

Dalam usaha untuk memartabatkan perkidmatan perguruan di sekolah luar bandar, anugerah guru cemerlang harus dipergiatkan sebagai penghargaan terhadap jasa para guru yang mengajar di luar bandar. Melalui pendekatan seperti ini, jasa dan sumbang bakti para guru dapat diiktiraf dengan pemberiaan anugerah dan sebagainya. Penghargaan yang diberi akan dilihat sebagai satu langkah menghargai jasa-jasa yang telah dilakukan oleh golongan guru dan akan menaikkan semangat mereka untuk terus berbakti di sekolah luar bandar. Guru yang berkaliber dapat dilahirkan dengan adanya anugerah seperti ini. 

(Disediakan oleh Azura Anak Bibi 206552)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan