8.27.2010

Faktor Pembelajaran Pelajar

Faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan akademik pelajar sekolah luar bandar:


1. Latar belakang pelajar.

Faktor ini terdiri dari perkara-perkara seperti jantina pelajar, jenis bangsa dan taraf sosio-ekonomi. Contohnya bagi pelajar yang berasal dari keluarga berada lebih tinggi pencapaiannya kerana mereka dapat memiliki kemudahan yang mencukupi untuk belajar berbanding dengan pelajar yang tinggal di rumah serba kekurangan.


2. Motivasi diri pelajar.

Salah satu contohnya ialah dari segi pencapaian terdahulu pelajar tersebut dan masyarakat sekitar. Iaitu merupakan penyumbang motivasi diri pelajar itu untuk menjadi lebih yakin untuk belajar.


3. Sikap pelajar terhadap persekolahan.

Pelajar–pelajar sebenarnya memberi tindak balas terhadap beberapa faktor dalam kelas. Antaranya ialah siapa yang mengajar, yakni guru berkenaan, apa yang mereka perlu lakukan, dan sejauh mana mereka merasa selesa dalam kelas berkenaan.


4. Persekitaran di rumah.

Ia memainkan peranan yang penting dalam proses anak-anak menuntut ilmu. Alirkan bekalan elektrik supaya tiada lagi yang memakai lampu minyak di saat lampu stadium cerah menyala, demi anak-anak bangsa yang mahu menuntut ilmu. Ia juga melibatkan peranan ibubapa di rumah, faktor keadaan keluarga, dorongan akademik yang ada, dan tabiat kerja di rumah.


5. Personaliti pelajar.

Faktor ini berpunca dari sikap yang terbina dalam diri pelajar itu sendiri. Walaupun mereka berada di luar bandar, namun semangat ingin belajar itu tetap lahir dalam diri anak-anak luar bandar ini.





(Disediakan oleh Nur Izzatti Bt Zainal Abidin 207455)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan