8.27.2010

Pengenalan

        Sekolah luar bandar bermaksud sekolah terletak di kawasan luar bandar seperti di kawasan kampung. Luar bandar bermaksud tempat yang lebih mundur dari segi teknologi, infrastruktur, tahap kehidupan dan sebagainya. Ini bermaksud sekolah luar bandar kurang sempurna berbanding dengan sekolah di bandar. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna pelajar di sekolah luar bandar lemah dari segi akademik. 

        Pada pendapat saya, persekitaran di luar bandar lebih sesuai untuk belajar. Malah, pembangunan luar bandar harus dititikberatkan agar pembelajaran di luar bandar tidak ketinggalan zaman. Infrastruktur sekolah sepatutnya diperbaiki dan dilengkapkan dengan penggunaan komputer. 

        Pihak swasta dan kerajaan masing-masing memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sekolah luar bandar. 


(Disediakan oleh Wooi Chia En 130216)

Peranan Pihak Kerajaan

        Peranan kerajaan dalam memajukan sekolah luar Bandar ialah menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana di sekolah luar Bandar. Hal ini bagi mewujudkan kemudahan dan prasarana sekolah-sekolah di kawasan luar Bandar. Contohnya dari segi bekalan air, elektrik dan sebagainya. 

        Selain itu, kerajaan memperbanyak elaun kepada guru yang mengajar di pedalaman. Ia bertujuan menarik minat guru baru untuk bekerja di kawasan luar Bandar dan mengurangkan kadar pertukaran guru dari sekolah kawasan pedalaman. 

        Seterusnya program sekolah bestari merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memajukan sekolah luar Bandar iaitu melalui kerjasama kementerian pelajaran dengan perbadanan pembangunan multimedia (MDEC).

        Kerajaan juga melancarkan program latihan amali di sekolah luar Bandar dan ia merupakan cara yang terbaik untuk memajukan sekolah luar Bandar. Latihan ini untuk menyediakan para pelatih dengan cara yang  baik. 

        Kerajaan juga menaikkan bantuan perkapital kokurikulum. Hal ini untuk menggalakkan para pelajar di luar Bandar untuk aktif dalam kokurikulum dan akedemikn bagi menaikkan taraf sekolah luar Bandar.


(Disediakan oleh Fafizzuddin B Ismail 203698)

Peranan Pihak Swasta

        Selain daripada usaha kerajaan memperkembangkan prestasi pelajar di sekolah luar bandar, pihak swasta juga turut mempunyai peranan penting. Bagi pihak swasta, mereka mengambil inisiatif baru dalam meningkatkan mutu pencapaian pelajar di luar bandar di mana mereka membuka peluang kepada pelajar untuk menyertai program-program yang dianjurkan seperti kelas tuisyen percuma dan sebagainya. 

       Hal ini akan memudahkan pelajar menelaah pembelajaran mereka dengan baik di samping meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Selain itu, pihak swasta juga ada menganjurkan kelas kelab bestari yang mana kelab ini mendidik pelajar tentang cara mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung pelajar di sekolah luar bandar akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.


(Disediakan oleh Muhammad Shaharul Bin Che Man 203700)

Langkah Memartabatkan Perkhidmatan Penguruan

        Dalam arus mencapai era globalisasi, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk menyelaraskan sistem pendidikan luar bandar. Sebagai langkah, perkidmatan perguruan dibuat pantauan dan seterusnya dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti. Langkah yang diambil ini diharap dapat menjadi pencetus kepada peningkatan prestasi pelajar sekolah luar bandar. Maka dengan itu, pencapaian dan prestasi pendidikan luar bandar dapat diselaraskan dengan sistem pendidikan negara.


  • Memperkenalkan Pemberian Elaun atau Bonus

Institusi pendidikan telah memperkenalkan pemberian elaun atau bonus kepada golongan guru yang mengajar di sekolah luar bandar dalam usaha untuk memartabatkan perkhidmatan perguruan di kawasan tersebut. Pemberian elaun diharap dapat menggalakkan para guru berkhidmat di kawasan pedalaman. Sejajar dengan itu, para guru perlu mengambil tindak balas positif dan tidak sekadar berkhidmat untuk memenuhi tuntutan kerja tetapi untuk memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara dalam mendidik anak bangsa. 


  • Membina Infrastruktur Baru

Jabatan Pendidikan turut mengambil langkah iaitu dengan membina infrastruktur baru yang lebih selesa untuk kemudahan para guru yang mengajar di kawasan luar bandar. Kemudahan seperti rumah penginapan, jalan perhubungan yang baik serta pelbagai kemudahan lain adalah perlu demi membantu proses perkhidmatan para guru agar lebih efisien dan sistematik. Infrastruktur yang lengkap dapat membaiki sistem pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dapat membaiki sistem pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan dalam memberi ilmu kepada pelajar. Kemudahan seperti makmal komputer juga dapat memberi peluang yang lebih kepada para guru untuk mengajar dengan berkesan kerana adanya alat bantu mengajar yang lebih baik. Jadi pencapaian akademik pelajar dapat diperbaiki demi melahirkan pelajar yang cemerlang serta berkaliber.


  • Anugerah Guru Cemerlang

Dalam usaha untuk memartabatkan perkidmatan perguruan di sekolah luar bandar, anugerah guru cemerlang harus dipergiatkan sebagai penghargaan terhadap jasa para guru yang mengajar di luar bandar. Melalui pendekatan seperti ini, jasa dan sumbang bakti para guru dapat diiktiraf dengan pemberiaan anugerah dan sebagainya. Penghargaan yang diberi akan dilihat sebagai satu langkah menghargai jasa-jasa yang telah dilakukan oleh golongan guru dan akan menaikkan semangat mereka untuk terus berbakti di sekolah luar bandar. Guru yang berkaliber dapat dilahirkan dengan adanya anugerah seperti ini. 

(Disediakan oleh Azura Anak Bibi 206552)

Kekurangan Infrastruktur

        Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah di kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari pelbagai segi. Antaranya ialah dari segi pemodenan (pembangunan), kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan sebagainya. Ini disebabkan oleh faktor geografi, di mana kawasan sekolah ini terletak di kawasan yang terpencil dan tercicir, menyukarkan perhubungan atau komunikasi untuk berlaku, seterusnya menyukarkan untuk kemudahan infrastruktur disalurkan. Ini akan meninggalkan impak yang negatif kepada para pelajar dari segi proses pembelajaran. Oleh itu, pihak yang wajib terutamanya kerajaan haruslah menyediakan tempat yang kondusif supaya para pelajar di kawasan pedalaman mendapat kemudahan yang sama atau sekurang-kurangnya dapat belajar dalam keadaan yang selesa sama dengan pelajar di bandar.

(Disediakan oleh Nurul Izzati Bt Ab Aziz 203866)

Persekitaran

        Kawasan persekitaran yang bersih, nyaman dan tenteram sangat diingini oleh para pelajar dan warga pendidik di kawasan bandar. Hal ini demikian kerana, ia mampu mempengaruhi proses pembelajaran para pelajar. Status sekolah dalam taman sangat dititikberatkan oleh pihak pengurusan sekolah. 

        Namun, berbeza pula dengan sekolah di luar bandar. Para pelajar dan pendidik boleh menikmati keindahan alam secara semulajadi. Sekolah Kebangsaan Lenjang di kawan pendalaman banjaran Titiwangsa merupakan salah satu sekolah luar bandar yang masih lagi terpelihara kawasan semulajadi sekitarnya. Persekitaran sekolah yang dekelilingi bukit-bukau yang menghijau ditambah pula dengan udara yang nyaman boleh merangsang minda pelajar untuk belajar dengan tenang. 


(Disediakan oleh Nur Hayati Bt Ahmad Rozali 206895)

Sudut Pandangan Sosial Dan Budaya

        Sekolah luar bandar melalui pandangan social dan budaya dapat diklasifikasikan kepada tiga sudut iaitu aspek disiplin,sikap pasif dan kaedah pembelajaran. Terdapat pelbagai masalah tentang disiplin pelajar contohnya seperti ponteng sekolah,merokok dan terlibat dalam pergaduhan. Tidak dinafikan bahawa sekolah di kawasan bandar pun turut barlaku keadaan sedemikian. 

        Manakala sikap pasif boleh dikaitkan dari segi penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Minat yang ditunjukkan oleh pelajar luar bandar juga kurang memuaskan. Selain itu, pelajar luar bandar selaunya ramai yang terjejas dari segi keputusan peperiksaan. Hal ini disebabkan sistem pembelajaran tidak dilengkapi secukupnya contohnya kemudahan komputer, makmal-makmal dan sebagainya.



(Disediakan oleh Siti Jamaiyah Bt Mohd Yahya 206975)

Kekurangan-kekurangan di Sekolah Pedalaman

        Tahap perkembangan sesetengah sekolah di Malaysia menunjukkan kekurangan yang amat ketara,terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Sekolah-sekolah di kawasan ini biasanya memiliki prasarana yang amat terhad. Ia ditambah pula dengan dengan kesukaran pihak kerajaan untuk menyalurkan bantuan ekoran keadaan laluan dan darjah ketersampaian yang jauh. Antara kekurangan yang lazimnya dialami oleh sekolah luar bandar ialah:-


1.Ketiadaan kemudahan asas seperti makmal computer yang menyukarkan para pelajar mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang diajar oleh guru di dalam kelas.


2.Masalah kekurangan tenaga pengajar yang merupakan nadi utama dalam sesebuah institusi pendidikan yang boleh menyebabkan proses P&P terganggu kerana pelajar tiada tempat merujuk selain buku teks.


3.Kemudahan seperti meja,kerusi dan lain-lain yang amat daif mengakibatkan konsentrasi pelajar terganggu.


4.Selain itu,bahan-bahan pembelajaran yang terhad direkodkan juga sebagai masalah   utama terutama di sekolah-sekolah pedalaman.   

               

(Disediakan oleh Nurul Ain Bt Zulkifli 206909)

Cabaran Kerajaan Memajukan Pendidikan di Kawasan Luar Bandar

  • Jaringan pengangkutan yang sukar untuk menghubungkan pihak-pihak yang mahu memberi bantuan kepada pelajar-pelajar di kawasan luar bandar. Contohnya sekolah-sekolah di kawasan terpencil di pedalaman Sabah dan Sarawak menyebabkan mereka mengalami masalah untuk berhubung . Maka insfrastruktur tidak lengkap sepenuhnya.
  • Penerimaan masyarakat luar bandar terhadap usaha kerajaan bagi memajukan pendidikan di kawasan mereka dianggap membazir wang masyarakat di negara ini. Hal ini kerana masyarakat di kawasan luar bandar terutamanya masyarakat orang asli yang masih mempunyai pemikiran yang sempit.
  • Tidak mempunyai wang yang mencukupi disebabkan oleh kemerosotan ekonomi. Hal ini menyebabkan usaha kerajaan hanya pembangunan infrastruktur di kawasan bandar sahaja. Hal ini disebabkan oleh belanjanya lebih rendah berbanding di kawasan luar bandar.

(Disediakan oleh Nur Aqilah Bt Hussin 206872)

Faktor Pembelajaran Pelajar

Faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan akademik pelajar sekolah luar bandar:


1. Latar belakang pelajar.

Faktor ini terdiri dari perkara-perkara seperti jantina pelajar, jenis bangsa dan taraf sosio-ekonomi. Contohnya bagi pelajar yang berasal dari keluarga berada lebih tinggi pencapaiannya kerana mereka dapat memiliki kemudahan yang mencukupi untuk belajar berbanding dengan pelajar yang tinggal di rumah serba kekurangan.


2. Motivasi diri pelajar.

Salah satu contohnya ialah dari segi pencapaian terdahulu pelajar tersebut dan masyarakat sekitar. Iaitu merupakan penyumbang motivasi diri pelajar itu untuk menjadi lebih yakin untuk belajar.


3. Sikap pelajar terhadap persekolahan.

Pelajar–pelajar sebenarnya memberi tindak balas terhadap beberapa faktor dalam kelas. Antaranya ialah siapa yang mengajar, yakni guru berkenaan, apa yang mereka perlu lakukan, dan sejauh mana mereka merasa selesa dalam kelas berkenaan.


4. Persekitaran di rumah.

Ia memainkan peranan yang penting dalam proses anak-anak menuntut ilmu. Alirkan bekalan elektrik supaya tiada lagi yang memakai lampu minyak di saat lampu stadium cerah menyala, demi anak-anak bangsa yang mahu menuntut ilmu. Ia juga melibatkan peranan ibubapa di rumah, faktor keadaan keluarga, dorongan akademik yang ada, dan tabiat kerja di rumah.


5. Personaliti pelajar.

Faktor ini berpunca dari sikap yang terbina dalam diri pelajar itu sendiri. Walaupun mereka berada di luar bandar, namun semangat ingin belajar itu tetap lahir dalam diri anak-anak luar bandar ini.





(Disediakan oleh Nur Izzatti Bt Zainal Abidin 207455)